Sunday, June 5, 2011

SUN & SEA FRIED RICE



Malam ni kami sekeluarga makan simple je... cuma buat nasi goreng sun & sea...hehehe..nama nasi goreng tu jadi sun & sea bukannya apa..disebabkan bahan2nya yg terdiri drp ayam, udang, fishball dan frankfurter tu la sebenarnya..hehehehe...
tanpa banyak ngomong, jommss kita layan gambar dan resepinya dulu k? =)


and this is for my beloved hubby... hehee..


this is for my sweet little princess..



SUN & SEA FRIED RICE

4 cawan nasi
250gm udang
3 ketul fishball besar dihiris nipis
2 ketul frankfurter ayam di cincang halus
sedikit isi ayam di carik2
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan mentega (utk menggoreng)
sedikit daun bawang, bawang goreng dan cili utk hiasan
sebiji telur (utk digoreng mata kerbau)
garam , gula dan perasa secukup rasa

cara2;
tumiskann bawang, dgn mentega sehingga kekuningan terlebih dahulu. selepas itu, masukkan udang, fishball, isi ayam dan frankfurter dan digoreng sehingga setengah masak..masukkan sos tiram. gaul rata dan masukkan nasi. gaulkan sehingga sebati dgn api perlahan. masukkan garam, gula dan perasa. setelah itu, bolehlah dihidangkan dan dihias dengan daun bawang, bawang goreng dan cili..letakkan telur mata kerbau disebelahnya..setelah itu, siap utk dimakan..

No comments:

Post a Comment