Sunday, June 5, 2011

APAM SENYUM

  • 3 biji telur
  • 1 1/4 cawan gula
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang/gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul rata.
  4. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.

SUNQUICK & FRESH ORANGE


SUNQUICK AND FRESH ORANGE

2 BIJI BUAH OREN
SETENGAH CAWAN PATI SUNQUICK
AIS KETUL
AIR
GULA

CARA ;
CAMPUR SEMUA BAHAN DAN DIKISAR..SETELAH ITU, BLH DIHIDANG..=)

PULUT KUNING BERSAMBAL


PULUT KUNING BERSAMBAL

500 gm beras pulut
500 gm kelapa parut (utk diambil santan)
250 gm kelapa parut (utk dibuat inti)
200 gm udang kering
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
cili kering (pedas ikut selera anda)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak utk menumis


cara2;
mula2 basuh dan toskan beras pulut td. setelah itu, masukkan ke dalam periuk dan tuang santan.letakkan garam, serbuk kunyit dan perasa secukupp rasa. tunggu sehingga masak.
untuk membuat intinya pula, blender kesemua bahan2 seperti bawang merah, bawang putih, cili kering, dan udang kering td. tumiskan sehingga kekuningan. setelah itu, masukkan kelapa yg sudah di parut td ke dlm. gaul sehingga campuran tersebut kekuningan dan kering. setelah masak, kisar inti tersebut supaya menjadi halus.
setelah pulut td masak, letakkan inti di atasnya dan boleh lah dihidang..
senangkan?...hehehehe

SUN & SEA FRIED RICE



Malam ni kami sekeluarga makan simple je... cuma buat nasi goreng sun & sea...hehehe..nama nasi goreng tu jadi sun & sea bukannya apa..disebabkan bahan2nya yg terdiri drp ayam, udang, fishball dan frankfurter tu la sebenarnya..hehehehe...
tanpa banyak ngomong, jommss kita layan gambar dan resepinya dulu k? =)


and this is for my beloved hubby... hehee..


this is for my sweet little princess..



SUN & SEA FRIED RICE

4 cawan nasi
250gm udang
3 ketul fishball besar dihiris nipis
2 ketul frankfurter ayam di cincang halus
sedikit isi ayam di carik2
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan mentega (utk menggoreng)
sedikit daun bawang, bawang goreng dan cili utk hiasan
sebiji telur (utk digoreng mata kerbau)
garam , gula dan perasa secukup rasa

cara2;
tumiskann bawang, dgn mentega sehingga kekuningan terlebih dahulu. selepas itu, masukkan udang, fishball, isi ayam dan frankfurter dan digoreng sehingga setengah masak..masukkan sos tiram. gaul rata dan masukkan nasi. gaulkan sehingga sebati dgn api perlahan. masukkan garam, gula dan perasa. setelah itu, bolehlah dihidangkan dan dihias dengan daun bawang, bawang goreng dan cili..letakkan telur mata kerbau disebelahnya..setelah itu, siap utk dimakan..

DAGING MASAK HITAM RESEPI EMAK

Assalamualaikum buat tetamu yg sudi menjejak di 'rumahku' yg tak seberapanya ini..=)
sebenarnya resepi ni dah lama dah buat, cuma baru sekarang baru terbuka hati nak buat blog utk berkongsi resepi masakan, sbb tu la baru upload kat sini..anyway, ni la antara resepi wajib yg keluarga kami buat sewaktu menyambut lebaran.. kalau xde memang tak sahlah raya tahun tu, sbb family nurul suka masakan ni..hmmm..tanpa berceloteh panjang, silakan la menjeling2 resepi yg saya sediakan di sini..semoga dapat menjadi panduan pada mereka yg teringin nak buat masakan ni..




DAGING MASAK HITAM RESEPI EMAK




daging masak hitam resepi mak....

bhn2 untuk dikisar halus n dibahagi 2 untuk perap n tumis;
400 gm daging top side
4 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
3cm halia
2 batang serai


bhn utk memerap daging;
rempah tumis
sedikit gula apong (kalau xde blh ganti dgn madu)
kicap pekat cap unta
kicap cair secukup rasa
segenggam kismis
3 sudu kerisik


daging di perap dgn bawang putih n merah, serai,halia yg telah dikisar halus..kicap pekat,madu,kerisik, kismis (dikisar halus) n gula apong.
tumiskan bhn2 yg dikisar td,masukkan rempah tumis dan akhir sekali masukkan daging yg tlh diperap tadi..masak sehingga daging empuk dan masukkan garam dan perasa...slmt mencuba....:)